Memulakan perniagaan Wright bersaudara

Pada tahun 1910, Wright bersaudara mengupah satu pasukan yang terdiri daripada lima orang juruterbang untuk membuat pertunjukan udara bagi pihak mereka. Kemunculan pasukan itu buat pertama kalinya diadakan di Indianapolis Speedway pada 13 Jun 1910. Tempoh rancangan ini yang singkat mengalami banyak kemalangan, termasuk satu yang mana Datuk Bandar Richmond, Virginia berada di dalam kapal terbang. Rancangan itu dihentikan pada November 1911 dan ketika itu, lima daripada sembilan juruterbang yang digajikan oleh Wright bersaudara telah muat dalam kemalangan kapalterbang-kapalterbang Wright.

Pada 25 Oktober 1910, Wright bersaudara diambil oleh Max Moorehouse dari Columbus, Ohio untuk menghantar kargo udara perdagangan yang pertama. Moorehouse, pemilik Gedung Serbaneka Moorehouse-Marten di Columbus, bertanya Wright bersaudara adakah mereka dapat membawa satu hantaran reben sutera daripada pemborongnya di Dayton ke Columbus. Wright bersaudara bersetuju dengan cadangan itu, dan menambah bahawa juruterbang dan kapal terbang mereka juga akan membuat satu pertunjukan selepas kargo itu dihantar ke kawasan pendaratan Driving Park di bahagian timur Columbus. Moorhouse bersetuju dengan cadangan itu dan membayar Wright bersaudara AS$5,000 untuk perkhidmatan tersebut yang lebih merupakan pengiklanan daripada penghantaran yang mudah.

Penerbangan itu berlaku pada 7 November 1910 dengan penerbangan Model "B" Wright Flyer yang diterbangkan oleh Phil Parmalee. Penerbangan 62 batu (100 kilometer) itu mengambil masa 62 minit, dengan Parmalee memotong kereta api Ekspres Empat Besar di London, Ohio. Selain daripada membuat penghantaran udara yang pertama, kelajuan Parmalee sebanyak 60 batu sejam (97 kilometer sejam) mencatat rekod dunia untuk kelajuan dalam penerbangan. Bagaimanapun, kapal terbang Flyer Wright dihantar balik ke Dayton dengan kereta api pada malam pencatatan rekod dunia itu, dan Parmalee kembali dengan kereta api Ekpres Empat Besar yang dia memotong di udara pada hari sebelumnya.

Wright bersaudara terlibat dalam beberapa pertikaian paten yang mereka memenangi pada tahun 1914. Wilbur meninggal dunia pada tahun 1912 disebabkan deman kepialu. Kejadian itu merupakan suatu peristiwa yang Orville tidak pernah pulih dengan sepenuhnya. Orville menjual kepentingannya dalam syarikat kapal terbang mereka pada tahun 1915, dan berpindah dengan Katherine ke rumah agam di Bukit Hawthorn, Oakwood, Ohio, di mana mereka hidup dengan damai. Katherine kemudian berkahwin pada tahun 1926, suatu peristiwa yang menyebabkan Orville bersusah hati. Beliau memutuskan semua pertalian dengan kakaknya, dan enggan bertemu atau menyurat dengannya. Wilbur akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan Katherine hanya sebelum kematian kakaknya yang disebabkan oleh pneumonia pada tahun 1929. Orville meninggal dunia pada tahun 1948 daripada serangan sakit jantung. Kedua-dua Wright bersaudara dikebumikan di tapak keluarga mereka di Perkuburan Woodland, Dayton, Ohio. Orville dan Wilbur tidak pernah berkahwin.

Kapal terbang Flyer I kini dipamerkan di Muzium Udara dan Angkasa Negara, sebuah bahagian Institusi Smithson di Washington, D.C. (sila lihat Persoalan Smithson.

Kapal terbang Flyer III yang merupakan kapal terbang yang dinamai Mercu Tanda Sejarah Negara dibuka selepas penerbangan-penerbangan 1905, dan dibina semula serta diterbangkan pada tahun 1908 di Kitty Hawk. Kapal terbang itu dibaik pulih pada akhir dekad 1940-an dengan bantuan Orville, dan dipamerkan di Pusat Penerbangan Wright bersaudara, Taman Sejarah Carillon, Dayton, Ohio. Ruang pameran untuk kapal terbang itu direka bentuk oleh Orville Wright.

Orville memberikan arahan bahawa ketika beliau meninggal dunia, himpunan kerajang udara dan perantinya berpindah kepada Institut Franklin, Philadelphia, yang merupakan pertubuhan saintifik yang pertama untuk memberikan penghargaan dan pangkat kepada Wright bersaudara untuk pencapaian penerbangan berkuasa yang bertahan. Pada hari ini, Muzium Sains Institut Franklin adalah muzium yang mempunyai himpunan artifak yang terbesar dari bengkel Wright bersaudara.